Pages

Wednesday, February 10, 2010

Kekal unggul: Perodua jual 16,200 kereta pada Januari

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Perodua menjual 16,200 kereta dalam bulan Januari berbanding 11,900 unit yang dijual dalam bulan yang sama tahun lepas.

Jualan yang kukuh ini membolehkan pembuat kereta kompak terunggul Malaysia itu menerajui pasaran domestik dengan anggaran penguasaan pasaran sebanyak 33 peratus daripada 31 peratus pada Januari 2009.

"Kami gembira dengan jualan yang kukuh pada Januari. Tempahan bagi bulan yang sama juga amat menggalakkan dengan pesanan lebih daripada 20,000 unit diterima berbanding 12,000 unit pada Januari 2009,” kata Pengarah Urusan, Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan hari ini.

"Perodua Myvi terus menjadi model syarikat yang paling laris bagi bulan itu (34 peratus daripada keseluruhan jualan), manakala Viva (33.5 peratus) dan model yang baru dilancarkan, Alza (32.5 peratus) juga memperlihatkan pretasi yang baik,” katanya.

Tentang Alza, Aminar berkata, Perodua menerima lebih 20,500 tempahan bagi model itu sejak pelancarannya pada 23 November 2009.

Sebanyak 8,000 unit Alza kini meluncur di jalan raya Malaysia. – Bernama

No comments:

Post a Comment