Pages

Saturday, January 2, 2010

Hyundai i30 M Sport

Kit M Sport percuma

SEMPENA pembukaan tirai tahun 2010 dan pelancaran kereta Hyundai terbaru, i30 M Sport, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) menawarkan 50 unit kit kenderaan (bodykit) M Sport percuma kepada 50 pelanggan terawal yang membeli i30 M Sport pada tahun ini.

Tempahan untuk kenderaan i30 M Sport sudah dibuka di semua pusat pameran Hyundai bermula semalam. Tempahan dibuka selagi stok masih ada.

Model yang sporty itu begitu terserlah pada modifikasi rekaan luarannya termasuklah skirting bahagian depan dan belakang, paip ekzos berkembar dan plastik pada bampar belakang.

Tiada sebarang penaiktarafan di bahagian bumbung, rekaan dalaman dan rim tayarnya. Keadaan enjin pula dikekalkan pada 121ps dan tork 154Nm untuk enjin 1.6 manakala 143ps dan tork 186.3 Nm bagi enjin 2.0.

Bagaimanapun, model i30 M Sport bukan kereta pertama Hyundai di Malaysia yang didatangkan bersama bodykit MS Design. Pada tahun 2006, model Getz Cross turut menawarkan kit itu.

Lima puluh pelanggan terawal akan dapat membeli kereta i30, lengkap bersama M Sport Bodykit, di atas jalan pada harga RM92,388 (Semenanjung Malaysia) dan RM94,408.40 (Sabah dan Sarawak) bagi 1.6 manual, RM97,888 (Semenanjung) dan RM99,940.80 (Sabah dan Sarawak) bagi 1.6 automatik serta RM112,888 (Semenanjung) dan 114,718.50 (Sabah dan Sarawak) bagi 2.0 automatik.

Harga sebenar i30 M Sport di atas jalan ialah RM100,388 (Semenanjung) dan RM102,408.40 (Sabah dan Sarawak) bagi 1.6 manual, RM105,888 (Semenanjung Malaysia) dan RM107,940.80 (Sabah dan Sarawak) bagi 1.6 automatik dan RM120,888 (Semenanjung) dan RM122,718.50 (Sabah dan Sarawak) bagi 2.0 automatik. - Kosmo

No comments:

Post a Comment