Pages

Wednesday, December 2, 2009

Honda Stream RSZ

Untuk keluarga, juga untuk si bujang

HONDA Malaysia Sdn Bhd (HMSB) melancarkan wajah baru Stream RSZ yang menampilkan gaya luaran lebih bertenaga, tetapi praktikal selain beberapa peningkatan kepada ruang dalamannya.

Direka sebagai kenderaan keluarga, tetapi digayakan untuk mereka yang bujang, kenderaan pelbagai guna (MPV) Stream terkenal dengan prestasi dan keselesaan pemanduan selain reka bentuk luarannya yang dinamik.

Dilengkapi enjin 1.8 i-VTEC dengan sistem drive-by-wire (DBW) dan sistem transmisi automatik lima kelajuan, Stream RSZ menjamin pengalaman pemanduan berkuasa tinggi serta penuh keselesaan, memberikan tahap pecutan responsif dan tahap penggunaan minyak lebih rendah.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB, Toru Takahashi, berkata bertentangan dengan persepsi umum, kenderaan tujuh tempat duduk berkenaan bukan hanya direka untuk keluarga yang inginkan ruang lebih luas dan praktikal.

"Reka bentuk bergaya dan prestasi pemanduan hebat bermaksud mendefinisikan ciri orang perseorangan, di mana gaya luaran sporty adalah kecenderungan semula jadi mereka.

"Direka bentuk dengan ciri berani dan dinamik, kenderaan Stream RSZ kini hadir dengan penampilan baru lebih bergaya, berani serta bertenaga," katanya.

Ciri luarannya menampilkan jeriji depan reka bentuk sarang lebah baru dengan hiasan krom, penghadang belakang dan sisi yang baru.

MPV itu juga dipasang dengan penghadang belakang berserta spoiler menjadikan aerodinamik keseluruhan kereta dipertingkatkan.

Padanan roda aloi 17 pula memberikan bentuk lebih segar. Untuk ruang dalamannya, peningkatannya merangkumi tombol gear kulit, roda stereng kulit yang kini didatangkan dengan kawalan audio serta pedal aloi yang bergaya.

Berharga atas jalan pada RM158,980 seunit, Stream RSZ baru didatangkan dengan empat warna bergaya iaitu Putih Mutiara Premium, Mutiara Hitam Kristal, Logam Metalik Berkilat dan Mutiara Merah. - mymetro

No comments:

Post a Comment