Pages

Thursday, December 10, 2009

Honda Civic Tafetta

BERIKUTAN sambutan terhadap kenderaan berwarna solid terutama putih, Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) memperkenalkan warna Tafetta White bagi model sedan generasi kelapan Civic.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi, berkata HMSB yakin model ikon itu terus menarik minat mereka yang sentiasa mencari kemajuan dan mencintai kehidupan.

"Civic Tafetta Generasi ke-8 1.8L dan Civic 2.0L diberikan wajah baru pada Mac lalu dan kini muncul dengan penampilan menarik bagi memenuhi permintaan tinggi pembeli Malaysia.

"Kami mensasar menjual 600 unit model Civic Taffeta Generasi Kelapan warna putih yang baru diperkenal dan model baru itu dijangka menyumbang 20 peratus daripada keseluruhan jualannya sehingga akhir tahun ini," katanya.

Civic Tafetta White generasi kelapan 1.8L dan Civic 2.0L diberikan wajah baru dengan penampilan menarik bagi memenuhi permintaan tinggi pembeli Malaysia.

Sebanyak lebih 40,000 unit Honda Civic (Generasi ketujuh dan kelapan) meluncur di jalan raya negara ini sejak 2001 dan menguasai 40 peratus agihan pasaran tahun lalu.

Baru-baru ini, dua lagi model Civic Generasi ke-8, iaitu Hybrid dan Civic Type-R, masing-masing melepasi tahap jualan 200 unit di negara ini.

Selain itu, Civic turut didatangkan dengan empat lagi warna pilihan iaitu Crystal Black Pearl, Alabaster Silver Metallic, Sparkle Gray Pearl dan Bold Beige Metallic.

Selain Civic, HMSB turut memperkenalkan warna Tafetta White bagi model Accord, CRV, Stream dan Hybrid.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pengedar Honda sah di talian bebas tol 1-800-88-2020 atau melayari laman web www.passionforlife.com.my.

No comments:

Post a Comment