Pages

Tuesday, January 12, 2010

Jualan kereta baru hilang momentum

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) menjangka penjualan kereta nasional kurang kompetitif pada tahun ini berikutan kekurangan rangsangan pembelian.

Presiden PEDA, Armin Baniaz Pahamin berkata, pasaran kini memerlukan rangsangan bagi membantu meningkatkan pembelian kenderaan terutama membabitkan kereta Proton.

Armin Baniaz dalam satu kenyataan di sini semalam menjelaskan, kereta Proton kini seperti kehilangan momentum selepas skim baucar RM5,000 tamat pada Oktober lalu.

"Selepas tempoh itu, tempahan kereta Proton merosot sebanyak 30 peratus terutamanya pesanan membabitkan model Saga," katanya. - Kosmo

2 comments:

  1. Nak kena usaha lebih laa..
    Jgn dok harap sabsidi dari kerajaan saja...
    Mark-up harga tu tak perlulah lebih2 sangat..
    Interest rate tu cubalah bincang dgn pihak2 bank agar diturunkan...

    ReplyDelete
  2. Kalau kat Arab saudi tu harga Waja macam harga SAGA kenapa boleh??? Kan kosnya lagi tinggi sebab nak guna shipping??? Kat Malaysia, pasang sendiri pun mahal....pasal tu aku haramkan keluarga aku beli Proton???

    ReplyDelete